Monday, June 29, 2009
28 Jun 2009 (Diari Sehari)
Posted by nurul_insani at 11:38 PM 2 comments Links to this post
Aku Dah Tua.. Happy Birthday Ke 23 Cik Kartini Sulaiman..
Posted by nurul_insani at 7:15 PM 0 comments Links to this post
Hidup Tak Semudah A, B dan C
Cikgu?Ah! Aku agak janggal apabila pertama kali dipanggil begitu. Aku lebih senang dipanggil Miss Nie. Namun, lama-kelamaan aku seronok dipanggil cikgu. Benar, menjadi pendidik itu sangat mencabar. Jarak sekolah yang lebih 120 km dari rumahku tidak memungkinkan aku turun lambat dari rumah. Perjalananku ke sekolah memakanmasa 40-50 minit kalau jalan tdak terlalu sesak. Pernah juga aku sampai sekolah setelah sejam di jalan raya. Balik sekolah hampir menjelang maghrib jika ada latihan besbol atau kadet bomba. Malam pula dihabiskan untuk persediaan mengajarr keesokan harinya. Hari sabtu pula ada saja aktiviti dan program di sekolah. Kebiasaanku 2 bulan pertamaku di Kuching sedikit demi sedikit mula berkurang.
"Ya bruk dikit. Tok la cabaran kitak di Sarawak tok (Itu baru sedikit. Ni lah cabaran awak kat Sarawak ni)" kata-kata sahabat terngiang-ngiang di telingaku apabila aku mengeluh. Hari-hari ada saja pengalaman baru, cabaran baru sebagai cikgu.
Sebulan lebih aku mengajar, aku dipanggil untuk temuduga sebagai Sukarelawan. Alhamdulillah, aku berjaya untuk temuduga itu. Mulanya aku dalam dilema. Terasa sayang untuk meninggalkan pelajarku yang semakin rapat denganku. Namun, aku ingin sesuatu yang baru. Sesuatu yang boleh memperkasakan keupayaanku sebagai hamba dan khalifah di muka bumi.
Nyata, hidup ini tak semudah A, B dan C.
Aku akhirnya meletak jawatan sebagai guru. Ada pelbagai sebab. Akan aku cuba kongsikan di entri yang lain. Seronok bekerja di sektor awam. Memang benar banyak pengalaman baru yang aku belajar. Terutama tentang pengurusan. Hari pertama, kedua, dan ketiga berlalu dengan pelbagai cerita, pengalaman dan cabaran baru.
Hari demi hari hari, aku makin sibuk di kantor. Adakalanya hujung mingguku dihabiskan di kantor pejabat untuk menguruskan hal-hal yang tidak selesai. Seronok... Tapi aku semakin menjauh dari sahabat-sahabat. Sikit-sikit aku mula menyepi dari hidup normalku. Ah! Hidup ini tak semudah A, B dan C.
Sebulan di sini, aku terpilih untuk membuat persembahan sempena Hari Bandaraya.
Menari? Serius....? Aku terkedu apabila diberitahu bentuk persembahan untuk Hari Bandaraya.
"Tak boleh la kak... Saya tak mampu nak buat.." Aku berusaha untuk menolak.
"Alaa... Tak mampu boleh belajar. Tak susah pun. Pergi la dulu. Kalau betul tak boleh buat, nanti kita fikir opsyen lain." Aduhh! Aku mengeluh. Macam mana nak fahamkan orang sekelilingku yang aku betul-betul tak boleh? Takkan nak menari dengan baju kurung, tudung labuh? Ya Allah, tolong aku.
Aku pergi juga untuk latihan hari yang pertama. Tapi aku hanya menonton. Beberapa kali aku cuba membayangkan keadaan aku jika aku tidak dapat tidak untuk menyertai persembahan itu. Beberapa ali juga ak mengeluh. Hidup ini tak semudah A, B, C dan 1, 2, 3...
Di akhir latihan hari pertama, aku cuba untuk menerangkan kepada Ketua kami tentang situasi aku. Mujur dia faham. Alhamdulillah. Esoknya, hampir semua officemate ku bertanya kenapa aku mengundurkan diri. Aku mula dilabel tidak sporting. Ah! Hidup ini tak semudah A, B dan C. Biarlah.....
Cabarannya bukan setakat itu. Itu baru sedikit. Aku pernah diminta untuk bermain futsal bercampur dengan lelaki. Mahu tidak mahu, aku terpaksa turun padang kerana tiada wakil perempuan yang lain dalam seksyenku. Mujur aku diletak di barisan belakang. Mujur Allah pelihara aku. Tiada yang berani mendekatiku. Mungkin kerana badanku yang kecil dan aku bertudung. Dan kami menang untuk perlawanan itu.
"Give me five!" Jerit ketuaku kegembiraan sambil memandangku dan mengangkat tangan. Aku terkedu. Mujur lengan bajuku panjang. Ah! Hidup ini tak semudah A, B dan C.
Banyak lagi dan banyak lagi cabarannya di sini. Kalau hendak diceritakan, entah bila hendak selesai. Ini baru sedikit.
Ya Allah, benar... Hidup ini tak semudah A, B dan C. Pelihara aku Ya Allah. Jangan Kau bolak-balikkan hatiku setelah Engkau beri aku petunjukMu. Beri aku kekuatan Ya Allah... Pimpinlah aku, bimbinglah aku menuju keredhaanMu Ya Allah... Amin
Wallahu'alam...
Kartini Sulaiman,
10.22 a.m
Tingkat 10, Jabatan Ketua Menteri
Posted by nurul_insani at 5:59 PM 0 comments Links to this post
Thursday, June 18, 2009
Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah
Salam....
Jom Adik Kakak, kamek nyeruk ke www.e-recruitmant.gov.my!!!
Mana-mana yang belum bekerja yang ada DIPLOMA dan IJAZAH, sementara carik kerja lain, juh join Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah (LPKS) Negeri Sarawak. Tok khas pakey miak Sarawak ajak.
Melalui latihan tok, kitak orang akan diberik latihan kat agensi kerajaan ataupun swasta dengan elauns RM920 untuk IJAZAH, RM 750 untuk DIPLOMA. Rugi x join. Ne da urang nak merik duit banyak ya mun kita di rumah jak nak?? Hehehe....
Sapa-sapa berminat, boleh memohon kat http://www.e-recruitment.gov.my/ ataupun anta resume kitak orang kat alamat,
Pengarah,
Unit Pembangunan Sumber Manusia,
Tingkat 9, 10 & 11, Jabatan Ketua Menteri,
93502 Kuching.
p/s: Mun mok mintak tolong kamek anta boleh juak. No problem!! JOM!!
Posted by nurul_insani at 7:02 PM 3 comments Links to this post
Friday, December 19, 2008
Jom Masuk 'U' 2008
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah atas nikmat Islam, Iman dan Ihsan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Rasulullah s.a.w serta keluarga dan kaum kerabat.
Setinggi-tinggi penghargaan buat adik-adik urusetia dan fasilitator JOM MASUK ‘U’ 2008 yang telah bertungkus lumus menjayakan program. Sungguh adik-adik, kamek bersyukur ALLAH hadirkan semua untuk bantu menjayakan program tok. Sungguh adik-adik, kamek terharu dengan komitmen kitak orang semua. Tanpa sokongan kitak orang, kamek mungkin sik dapat nak teruskan program tok. (Sungguh adik-adik, akak bersyukur ALLAH hadirkan semua untuk bantu menjayakan program ini. Sungguhadik-adik, akak terharu dengan komitmen anda semua. Tanpa sokongan adik-adik, akak mungkin tak dapat nak teruskan program ini). Wallahu’alam.
Banyak yang aku belajar sepanjang 9 hari berprogram. Program pertama sebagai fasilitator sokongan untuk Kursus Asas Kefasilitatoran yang diadakan di Pusat Latihan Sarawak pada 11-14 Disember, yang kedua program PEWARIS 3 sebagai fasilitator di Pusat Latihan PLKN Bau pada 15-17 Disember dan yang ketiga Program Jom Masuk ’U’ 2008 bermula 18-20 Disember 2008 bertempat di UNIMAS. Dan antara ketiga-tiga program tersebut, program Jom Masuk ’U’ 2008 yang paling mencabar bagi aku. Kalau selama ini aku diamanahkan untuk menjadi fasilitator, tetapi untuk program ini, aku diamanahkan sebagai barisan penggerak utama. Banyak masalah yang aku hadapi yang akhirnya menjadi kekuatan bagi aku. Aku belajar erti sabar dan ikhlas. Aku belajar untuk menghargai, berfikir untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, menyantuni yang lebih muda, bersemangat untuk membuat kerja walau dalam tekanan dan banyak lagi. Semuanya aku belajar adik-adik. Kita sama sahaja. Aku juga dalam proses belajar. Jika diberi peluang, aku ingin menghadiri Latihan Kepimpinan dan Pengurusan Program yang selama ini aku dengar, tapi tiada kesempatan untuk menghadirinya.
Buat adik-adik urusetia, Comel, Majidah, Maryam, Jasmin, Nono, Roza, Yusuf, Amir, Hafiz, Amirullah, Fairuz, Razz dan Zul, terima kasih banyak-banyak. Kitak semua nang best!!! =) (kamu semua memang best!!)
Buat barisan fasilitator, terutama kepada Abang Amat dan Deqja, kamek ucapkan terima kasih banyak-banyak juak. Mun sikda kitak orang, kamek sik tauklah camne kamek ngan Esyam. Juga buat Kak Uqu, Kak Nik yang sanggup datang pagi program ya walaupun tanpa induksi. Terima kasih banyak.
Teristimewa buat sahabat yang sentiasa memberi sokongan, dorongan, nasihat, bantuan pengangkutan, Bob, Azli, Kak CT(makseh pinjamkan bilit n tengok-tengok mekrang), Kak Dijah, Kak Hamas, Midah, Mizah(makseh sediakan barang-barang fail), Fizan, Abang Krol, Abang Afham, Abang Afif, Ustaz Hasfa dan tidak lupa Abang Syeed yang kamek tauk sentiasa mengambil berat tentang kamek orang.
Syukur ditakdirkan bersama-sama kalian dalam perjuangan dakwah ini. Aku tahu perjalanan aku masih jauh di bumi ini. Masih banyak yang perlu aku belajar. Masih banyak yang perlu aku baiki. Mudahan-mudahan aku menjadi orang yang bermanfaat pada diri dan semua.
Tidak lupa buat Abang Abuza, Encik Awang, Kak Syam, Ustaz Zam dari YADIM, terima kasi kerana percaya dengan kamek orang dan sokong kamek orang. Juga buat Auntie Am yang sentiasa memberi ruang dan peluang. Terima kasih mineral water yang disumbangkan oleh Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak. Juga pihak pengurusan Kolej Bunga Raya UNIMAS dan juga TNC UNIMAS yang mengalukan kedatangan kami dan layanan yang sangat baik. Terima kasih tidak terhingga kepada semua.
Akhir sekali, buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih banyak-banyak dan maaf atas segala kekuragan…. Wallahu’alam
Kartini Sulaiman
20 Disember 2008
12.49 t/h
Bilik Urusetia
Program Jom Masuk U 2008
UNIMAS
Posted by nurul_insani at 8:51 PM 1 comments Links to this post